Salam kerinduan buat sahabat SMVKERIAN,
Terasa ingin kuluahkan sebuah lara...
Terasa inginku lontarkan sebaris kata,
Terasa inginku kirimkan secangkir duka.....
Khas buat semua sahabatku diluar sana.
Pastinya.....tidak semua menatap nukilan ini,
Namun.....jauh disudut hati...
Kuharapkan agar hamparan rasa ini sampai kejengahan mata......
Terutamanya pada mereka yang terlalu jauh dari jendela hati.....
Sahabat sekalian,
Renungkan ungkapan....”SAHABAT”.
Bersyukurlah jika kita mempunyai sahabat yang betul-betul disamping kita. Sukar untuk dicari mereka yang digelar sahabat. Raikan ikatan persahabatan kita. Mudah-mudahan, kurniaan Tuhan, sahabat itu buatkan diri kita lebih baik kearahNya.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Jadi, bagaimana ingin mencari sahabat?
Tergaru-garu kepala memikirkannya dan fikiran mula tergambar setiap kenalan yang ada. Yang mana satu dikatakan sahabat?
Perhatikan perlakuan, tetapi jangan dinilai hatinya kerana penilaian hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Nilaikan sifatnya.....
Pernahkah kita disakitinya?
Pernahkan kita ditikamnya dari belakang?
Tapi.......Bagaimana pula dengan Sahabat Sejati?????
Jika pertolongan dipinta, dia menolong tanpa banyak kata,
Jika kita ditimpa musibah, dia hadir meringankannya,
Jika kita berselisihan faham, dia lebih mudah mengalah,
Jika kita memberi kebaikan, dia menghargai sepenuh hati,
Sahabat sejati adalah ketika kita marah, mereka tidak ikut marah,
Ketika kita sedih, mereka menenangkan jiwa,
Ketika kita beremosi, mereka bersabar diri,
Ketika kita sedih, mereka sentiasa disisi,
Ketika kita jatuh, mereka tidak mengeji,
Ketika kita bahagia, mereka juga tersenyum,
Ketika kita berduka, mereka sentiasa menghibur.
Ketika kita sudah tak lagi berada dekat dengan mereka, mereka akan doakan kita."
Jadi.....Bersahabatlah kerana Allah untuk mencari keredhaanNya.
Perbezaan diantara sahabat dan sahabat sejati adalah :-
Sahabat mencari sebuah kepercayaan,
Tapi Sahabat Sejati mencari persamaan.
Sahabat sejati, jika dia wujud, mungkin berasal dari masa dahulu.
Mungkin juga masih sebahagian dari hidup kita kini.
Mungkin juga akan dipertemukan di kemudian hari.
Namun, sahabat sejati, betapa jauh pun jaraknya,
Mereka akan selalu dekat dihati,
Sekali tertaut, tak terlerai lagi.
Jika kita yakin dengan seyakin-yakinnya bahawa 'dia' itu sahabat sejati. Bersyukurlah kepada Allah yang menciptakan Sahabat.
Kerana Kehadiran sahabat sejati dalam kehidupan amat bermakna....
Jika sahabat sejati itu tiada, bagai keringnya segala telaga,
Jika sahabat sejati itu tiada, bagai embun tiada dinginnya,
Jika sahabat sejati itu tiada, bagai ombak tiada pantainya,
Begitu bermaknanya erti seorang sahabat sejati, hingga ada ungkapan :
"lebih baik berdua sahabat menyusuri kegelapan, daripada sendiri berada dalam terang".
A friend gives hope when life's low.
A friend is a place when I have no where to go.
A friend's honest, a friends true
a friend's precious
A friend is ...YOU
Dari lubuk sanubariku,
sham baling